25 January 2010

Sejarah Penubuhan Program Integrasi Pendidikan Khas SK Kuala Nerang


Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran)
SKKN mula dibuka pada awal 1993 dengan murid seramai 4 orang dan seorang guru iaitu En. Abbas Bin Omar. P&P dijalankan di dalam bilik stor yang diubahsuai.
     Pada tahun 1996 sebuah blok bangunan baru telah dibina. Pada tahun 1997, kelas telah berpindah ke bangunan baru – 3 ruang pembelajaran, 1 ruang dapur, 1 bilik urus diri dan tandas.
Tahun 2001, murid bertambah menjadi 19 orang dan 3 orang guru. Tahun 2006, murid seramai 16 orang dan 4 orang guru.
    Akhir tahun 2007, murid seramai 19 orang, 3 kelas, 4 orang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Kelas Pra Pendidikan Khas dibuka – 2 orang murid, seorang guru dan seorang PPM. Pemasangan jubin lantai dan pembinaan bilik masakan dilaksanakan. Dan kini, murid bertambah menjadi 35 orang dengan bilangan guru seramai 9 orang dibantu oleh 4 orang PPM.

Visi
Kelas Pendidikan Khas SKKN akan menjadi sebuah program yang cemerlang dalam menyediakan pendidikan yang terbaik bagi memenuhi keperluan murid-murid berkeperluan khas.
Misi
Memberi pendidikan yang berkualiti kepada setiap murid berkeperluan khas untuk membantu mereka menjadi insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan dapat memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Fokus
1. Menyediakan pendidikan yang sesuai kepada setiap murid berkeperluan khas.
2. Menyediakan peluang untuk setiap murid mengembangkan bakat dan potensi diri.
3. Menyediakan kelengkapan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
4. Menyediakan suasana kelas dan persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat.